CMD PATI MINERAL TERBAIK UNTUK SEISI KELUARGA

CMD PATI MINERAL TERBAIK UNTUK SEISI KELUARGA

Tuesday, December 8, 2015

TESTIMONI CMD STROKE & DARAH TINGGI

CMD Penawar Darah Tinggi

Masalah penyakit darah tinggi merupakan penyakit yang umum di Malaysia yang memerlukan penawar darah tinggi yang terbukti berkesan, semulajadi, mujarab dan selamat untuk digunakan. HIPERTENSI atau tekanan darah tinggi merupakan salah satu penyakit paling kerap dihidapi penduduk negara ini. Walaupun bahaya penyakit ini telah banyak didedahkan begitu juga cara-cara untuk mencegahnya, bilangan penghidapnya tidak menampakkan tanda-tanda penurunan. Oleh yang demikian, amatlah penting dan sangat berguna untuk amalkan penawar darah tinggi ini setiap hari dalam minuman dan makanan harian kita.

Apa itu penyakit darah tinggi ?

TEKANAN DARAH TINGGI adalah merupakan satu keadaan di mana bacaan tekanan darah melebihi 140/90 meningkat secara berterusan. Seseorang itu diklasifikasikan sebagai penghidap darah tinggi setelah ujian ulangan dilakukan beberapa kali. Bagaimanapun, seseorang tidak dikategorikan sebagai penghidap darah tinggi jika bacaan tekanan darah yang melebihi paras biasa hanya sekali.
Kajian telah menunjukkan sebanyak 4.8 juta daripada keseluruhan jumlah penduduk di Malaysia menghidapi penyakit darah tinggi dan 2 per 3 tidak menyedari yang mereka sedang menghadapi penyakit ini. Malah mereka tidak hirau langsung dan menganggap perkara ini tidak serius.
Darah tinggi berlaku apabila arteri-arteri atau dinding cabang pembuluh darah halus menjadi keras dan menyukarkan darah melaluinya. Kesannya, tekanan darah meningkat dan menyebabkan jantung terpaksa bekerja lebih kuat. Sekiranya bacaan tekanan darah kekal pada kadar 140/90 atau lebih, ini bermakna anda menghidap hipertensi.

Sekiranya keadaan tersebut tidak dibendung dari awal boleh membawa risiko serangan atau kegagalan jantung, strok, dan kerosakan buah pinggang.

AWAS : Darah tinggi juga terjadi TANPA SEDAR


Kesan Dari Penyakit Tekanan Darah Tinggi Yang Dibiarkan

Strok/otak: Tekanan darah tinggi adalah faktor utama risiko strok. Tekanan darah yang amat tinggi boleh menyebabkan kebocoran pada salur darah yang lemah dan kemudiannya mengalir ke otak. Ini boleh mengakibatkan strok. Sekiranya salah satu arteri kecil tersumbat oleh darah beku, strok boleh juga terjadi.
Gangguan penglihatan/mata: Tekanan darah tinggi lama-kelamaan boleh menyebabkan saluran darah di mata pecah atau berdarah. Penglihatan mungkin kabur atau terjejas dan boleh mengakibatkan buta.
Arteri/arteri: Semakin meningkat usia, arteri menjadi semakin keras terutama arteri di jantung, otak dan buah pinggang. Tekanan darah yang tinggi dikaitkan sebagai punca arteri mengeras. Ini seterusnya menyebabkan jantung dan buah pinggang terpaksa bekerja lebih.
Kerosakan buah pinggang/buah pinggang: Buah pinggang bertindak sebagai penapis yang menyingkirkan bahan-bahan kumuhan badan. Tekanan darah tinggi lama-kelamaan boleh menyempitkan salur darah melalui penebalan dinding saluran darah pada buah pinggang. Proses penapisan oleh buah pinggang terjejas di mana kurang bendalir ditapis, seterusnya menyebabkan bahan kumuhan terkumpul di dalam darah. Buah pinggang mungkin gagal sepenuhnya. Apabila ini berlaku, rawatan perubatan sama ada dialisis atau pemindahan buah pinggang mungkin diperlukan.
Serangan jantung/jantung: Tekanan darah tinggi adalah faktor utama risiko serangan jantung. Arteri berperanan membawa darah beroksigen ke otot jantung. Sekiranya jantung tidak mendapat cukup oksigen, sakit dada atau lebih dikenali sebagai angina boleh berlaku. Jika aliran udara tersekat, serangan jantung terjadi.
Kegagalan jantung kongestif: Tekanan darah tinggi adalah faktor utama kegagalan jantung kongestif. Ia adalah masalah serius di mana jantung gagal mengepam darah yang secukupnya bagi keperluan tubuh badan.
Ramai pesakit darah tinggi biasanya disarankan oleh doktor supaya bergantung kepada ubat-ubatan yang dibekalkan sepanjang hayat . Ubat yang dibekalkan adalah bertujuan untuk memastikan tekanan DARAH TINGGI sentiasa dalam keadaan stabil sahaja, Ianya bukannya bersifat memulihkan salur darah atau membekalkan nutrient penting lain yang sangat diperlukan oleh badan
Sebagai Pesakit darah tinggi , Ada juga boleh mencuba pelbagai Alternatif Rawatan secara tradisional ataupun mengamalkan mengambilan makanan tambahan seperti Suppliment . Produk – produk suppliment adalah makanan tambahan yang dirumuskan khas untuk penyakit tertentu dan bertindak untuk meningkatkan kesihatan tubuh

INGAT : Mencegah Adalah Lebih Baik Dari Mengubati


Memperkenalkan Kepada ANDA Penawar Darah Tinggi 
Yang Paling Selamat, Praktikal, Berkesan Dan Disyorkan 
Oleh Pakar Kesihatan 




















No comments:

Post a Comment